Thursday 12 November 2015

TIP PENJAGAAN KERETA... BATERI KERING & BATERI BASAH ...

Salam Jumaat...

Bateri merupakan komponan terpenting dalam kereta kita...

Yelah...dah takdok bateri nak start kereta macam mana...

Ye dok??

Dengan penjagaan yang baik, bateri mampu tahan sehingga mencecah 3 tahun lama nya...

Namun, jika tidak dijaga dengan sempurna...tak sampai habis waranty..mereput sudah hayat bateri kereta kita...

So, kali ni..meh kita sama-sama tambah ilmu tip penjagaan bateri kereta...

Moga bermanfaat..

Tip penjagaan kereta kali ini akan memberikan penekanan terhadap isu bateri kereta. Untuk menghidupkan enjin, bateri kereta kita perlu berada pada tahap yang optimum. Bateri yang lemah akan menyukarkan kita untuk menghidupkan enjin. Dalam pada masa yang sama, ia akan meningkatkan risiko untuk kereta tiba-tiba rosak ketika sedang memandu di jalan raya. Secara tidak langsung, ia akan melibatkan kos yang tinggi untuk memulihkan kereta.

Terdapat 2 jenis bateri kereta iaitu :
                                                                       Bateri Basah

                                                            Sumber : Google Images
Untuk bateri basah, pemilik kereta perlu sentiasa memantau keadaan air bateri.Pastikan ia berada pada paras normal. Sekiranya air bateri berada pada paras yang rendah, segera tambahkan air bateri. Ini bagi mengelakkan daripada plet plumbum menjadi kering.

                                                                      Bateri Kering
Sumber : Google Images



Manakala, bagi bateri kering (atau maintenance-free battery) pula berbeza dengan bateri basah dari segi penyelenggaraan. Bateri kering tidak memerlukan pemilik kereta untuk periksa air bateri setiap masa.


Tip Dan Cara Penjagaan Bateri Kereta

1. Bagi bateri basah, seeloka-eloknya, lakukan penyelenggaraan pada air bateri (asid sulfurik) seminggu sekali. Pastikan tahap sukatan air bateri ini sentiasa diperiksa. Jika ia berada pada paras yang rendah, isi semula sehingga ia mencapai tahap yang normal. Elakkan daripada terlebih isi air bateri. Ini adalah disebabkan limpahan air bateri akan merosakkan beberapa bahan kereta yang lain. Untuk membeli air bateri, ia boleh didapati di stesen minyak yang berdekatan dengan kos serendah RM2 sebotol.

2. Berbeza bagi bateri kering pula, bagi bateri kering apa yang perlu dilihat adalah penunjuk caj bateri. Jika ianya "hijau", maka bateri itu berada pada tahap ÖK". Namun sebaliknya, jika ianya "hitam", itu bermakna bateri tersebut telah "KO". Pada tahap ini, bateri kita perlu diganti segera.

3 .Debu putih ini adalah kesan-kesan yang kita dapat lihat pada terminal bateri. Amat penting untuk kita membersihkan debu-debu ini ya. Cara untuk membersihkan debu-debu ini adalah bancuhkan natrium karbonat (baking powder) dengan air.Apabila bancuhan ini dibilas pada terminal bateri, maka kita akan lihat kemunculan buih-buih di sekeliling. Jangan risau, buih ini akan hilang sekali dengan kesan debu putih. Selepas itu, pastikan kita ketatkan ikatan kepala bateri dan bilas dengan air biasa.

Nak lagi mudah, spray kan sahaja debu-debu ini dengan silikon anti karat. Mudah bukan?

4. Seelok-eloknya, sebelum kita memulakan perjalanan ke tempat yang jauh, periksa bateri terlebih dahulu. Ada kemungkinan penutup bateri hilang, bahagian bateri retak dan sebagauinya. Dengan melakukan semakan secara ringkas ini, kita dapat mengelakkan daripada menanggung risiko keselamatan dan kos yang tinggi bagi tujuan pembaikan.

5. Jika ingin meninggalkan kereta untuk satu tempoh masa yang lama pula, pastikan sambungan wayar pada bateri dicabut bagi mengelakkan sambungan caj berlaku.

Tip-tip di atas telah diperoleh di FB dan blog-blog di alam maya ....\

Sekian dan selamat membaca!!

Sumber :
http://www.arenakereta.com/2014/03/31/tips-penjagaan-bateri-kereta-bateri-keringbateri-basah/

Wednesday 11 November 2015

ISU PANAS...SOAL JAWAB "VAPE" BERSAMA........

Kebelakangan ni, panas sungguh isu mengenai "Vape" ini bertebaran di seluruh alam maya dan alam nyata ye..Malam ni, apa kata kita luangkan masa untuk pasang telinga, pinjamkan mata sekejap untuk lihat dan dengar soal jawab mengenai Vape bersama.........Jeng jeng jeng...







Minta maaf, liquid flavour Uncle Maniam takdak na....Jangan lupa temujanji kita..kot boleh tambah ilmu yang tak seberapa nak ada di dada ni haaa...11.11 @ 11pm....




Tuesday 10 November 2015

PENDRIVE DISERANG VIRUS?



Hi uols!!

Assignment penting dalam satu pendrive...takda back up lain dah...

Then suddenly......

Fail semua jadi shortcut bila nak bukak!!

Fail semua dah kena virus!!

Pening kan?

Nak hantar kedai, memang sah kena caj punya..tu pun kalau boleh recover balik fail kan...

So, apa kata kita try dulu buat sendiri tengok macam mana....
Source : Google Image


Ikuti beberapa langkah berikuStep 1
So, apa kata kita try dulu buat sendiri tengok macam mana....

Nih cara-cara yang abam dapat dari perkongsian dari seorang hamba Allah di FB...

Moga bermanfaat!!

Step 1
Tekan "Windows+R" serentak nanti akan keluar "RUN" dan taip "cmd" pada kolum "open" dan enter.
@ buka "cmd" pada Windows>All Program>Accessories>Command Promph.

Step 2
Selepas buka "cmd" anda perlu pilih drive mana yg nak di repair, contohnya sy ambil drive F kerana pendrive sy berada di drive F. Anda perlu taip "F:"

Step 3
kemudian enter, akan keluar "F:\>"
{standard laptop/pc drive C utk windows, drive D utk data, so kalau masuk pendrive akan jadi drive E dan ke atas}.

Step 4
Kemudian anda perlu taip " attrib -s -h *.* /s /d" dan enter.

Step 5
Tunggu sehingga keluar balik perkataan ini "F:\>"

Step 6
Setelah perkataan ini keluar "F:\>" bermakna anda telah berjaya.

Step 7
Terakhir, anda sudah boleh buka file dlm pendrive anda tadi, akan kelihatan semua file-file yang selama ini hilang/hide disebabkan virus.



Sumber Asal :

PANAS !! KEDAI VAPE DISERBU!!




PETALING JAYA, 5 NOV: Sebuah kedai vape di Shah Alam diserbu berikutan penemuan produk yang mengandungi nikotin menyebabkan kedai terbabit kerugian sebanyak RM100,000.

Menurut pemilik kedai terbabit, pegawai dari kementerian kesihatan telah merampas sebanyak 3,000 botol cecair vape yang berjumlah RM100,000.

"Mereka datang kira-kira jam 4 petang dan menunjukkan kepada kami satu surat yang menyebut serbuan dibuat berikutan kandungan nikotin di dalam produk kami"

"Mereka bagaimanapun tidak mempunyai satu surat yang menyatakan mereka mempunyai kebenaran untuk merampas produk-produk itu", katanya memetik laporan The Star Online.

Pemilik kedai itu juga menambah dia tidak mendapat jawapan yang jelas dari pegawai-pegawai itu bagaimana cara untuk menebus balik produk-produk tersebut.

"Mereka cuma memberitahu saya untuk cuba dan bercakap dengan bos mereka jika mahu barang kami balik", katanya sambil menambah mereka tidak tahu apa yang patut dia dilakukan. 

Sumber : Siakapkeli.my