Tuesday 10 November 2015

PANAS !! KEDAI VAPE DISERBU!!




PETALING JAYA, 5 NOV: Sebuah kedai vape di Shah Alam diserbu berikutan penemuan produk yang mengandungi nikotin menyebabkan kedai terbabit kerugian sebanyak RM100,000.

Menurut pemilik kedai terbabit, pegawai dari kementerian kesihatan telah merampas sebanyak 3,000 botol cecair vape yang berjumlah RM100,000.

"Mereka datang kira-kira jam 4 petang dan menunjukkan kepada kami satu surat yang menyebut serbuan dibuat berikutan kandungan nikotin di dalam produk kami"

"Mereka bagaimanapun tidak mempunyai satu surat yang menyatakan mereka mempunyai kebenaran untuk merampas produk-produk itu", katanya memetik laporan The Star Online.

Pemilik kedai itu juga menambah dia tidak mendapat jawapan yang jelas dari pegawai-pegawai itu bagaimana cara untuk menebus balik produk-produk tersebut.

"Mereka cuma memberitahu saya untuk cuba dan bercakap dengan bos mereka jika mahu barang kami balik", katanya sambil menambah mereka tidak tahu apa yang patut dia dilakukan. 

Sumber : Siakapkeli.my

No comments:

Post a Comment